Nasyeed Production Jln. Villa Mulawarman 1 no 3 Banyumanik Semarang Nomer Telp : HP. 0856-9696-8672 / Terapi Diri Dengan Zikir Hati Dari If-One - Nasyid Production ( Modern Islamic Entertainment )

728x90 AdSpace

Latest News

Diberdayakan oleh Blogger.
Selasa, 29 September 2015

Terapi Diri Dengan Zikir Hati Dari If-One

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Perumpamaan ini amat sesuai buat kumpulan If-One apabila salah satu zikir yang dimuatnaik di platform Soundcloud menarik perhatian pengurus Imaan Music, KC Ismail seterusnya menawarkan mereka peluang untuk merakamkan album penuh di bawah syarikat itu.
"Saya telah mengenali IF-ONE dan karya mereka sejak tahun 2013 lagi. Sekitar penghujung 2014, saya terjumpa demo-demo yang mereka muatnaik di platform audio Soundcloud. Susunan muzik yang segar dan suara mereka yang harmoni telah menarik perhatian saya. Mereka membawa nafas baru dalam alunan zikir dan jika didengar berulang kali pasti menjadi terapi jiwa." – KC. Ismail, Pengurus Imaan Music.
Kumpulan If-One menggabungkan tiga orang sahabat iaitu Muhammad Abu Hurairah bin Roslan, Muhamad Firdaus bin Mokhtar dan Fakhrulradzi bin Shahrudin. Sebelum ini mereka pernah muncul dengan album prikustik, Seni & Hati yang diterbitkan pada tahun 2014.
Memulakan produksi pada awal Januari lalu, album sulung If-One ini mengambil masa hampir enam bulan untuk disiapkan. Menghimpunkan pelbagai zikir dan beberapa buah lagu, album ini juga mendapat sentuhan komposer dan penerbit baru Samuel Dzul, dan ianya dilihat akan memberi angin baru bagi album-album zikir yang sedia ada di pasaran.

If-One : Dari kiri, Fakhrul, Firdaus dan Abu Hurairah.

Antara zikir yang dimuatkan adalah seperti Laa Ilaa Ha Illa Anta, Astaghfirullah, Subhanallah, Alhamdulillah, AsmaMu serta dua buah lagu berjudul Perjalanan Hati dan Ada Hikmah. Lagu Perjalanan Hati merupakan lagu pertama yang dirakamkan oleh IF-ONE pada penghujung tahun 2013 sebelum mereka mengikat kontrak bersama Imaan Music. Lagu ini juga mendapat putaran tertinggi di radio IKIMFM.
Syukur kepada Allah kerana telah mengabulkan hasrat kami yang selama ini berkarya melalui muzik sambil menyampaikan dakwah. Tawaran daripada Imaan Music ibarat bulan jatuh ke riba. – If-One
Antara kelainan yang disampaikan dalam Zikir Buat Hati, album ini turut mengundang dua pendakwah tanah air, Pencetus Ummah Faiz dan Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari. PU Faiz merupakan naib juara program realiti Pencetus Ummah bagi musim pertama manakala Ustaz Iqbal Zain adalah pendakwah bebas yang sering muncul di kaca televisyen dan juga merangkap Pemimpin di Darul Mujtaba.
Tazkirah pendek yang diselitkan di dalam album ini mengupas tentang kafiat, kisah dan teladan daripada zikir-zikir tersebut dan disampaikan dengan skop yang berbeza oleh PU Faiz dan Ustaz Iqbal.



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 komentar:

Posting Komentar

Item Reviewed: Terapi Diri Dengan Zikir Hati Dari If-One Description: Rating: 5 Reviewed By: Dannov media
Scroll to Top